JERAI: Dewan Ulama Pas hari ini sebulat suara menerima usul penyatuan ummah melalui Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sempena Muktamar Dewan Ulama Pas ke-61 hari ini. Dewan Ulama juga sebulat suara dengan kepimpinannya untuk menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU15. Usul berkenaan yang dibentangkan oleh perwakilan Dewan Ulama Pas Kelantan, Tuan Saripudin Tuan Ismail yang juga setiausahanya diterima tanpa dibahas…











