KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu melihat diri sendiri sebelum menuduh kerajaan hari ini sebagai gagal menguruskan ekonomi negara. Ini kerana ketika beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini banyak juga syarikat yang ditutup akibat keputusannya dalam pembukaan ekonomi ekoran pandemik Covid-19 yang berubah-ubah. Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Shahril Sufian Hamdan berkata, tiada ketegasan dalam kepimpinan Muhyiddin telah menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk…