MOT benarkan kenderaan barangan 'de-controlled' guna lesen

MOT benarkan kenderaan barangan ‘de-controlled’ guna lesen kelas D

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Kementerian Pengangkutan memberi kebenaran khas kepada pemandu kenderaan barangan ‘de-controlled’ yang had berat tanpa muatan (BTM) melebihi 3,500 kilogram (kg) tetapi tidak melebihi 4,000 kg untuk menggunakan lesen memandu Kelas D.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, keputusan itu dibuat bagi meringankan beban, memudahkan urusan pemain industri serta merancakkan pertumbuhan ekonomi menerusi perniagaan domestik.

Kebenaran khas itu berkuat kuasa serta-merta dan akan berakhir pada suatu masa yang akan ditentukan kelak. 

“Sekiranya had BTM kenderaan barangan ‘de-controlled’ itu telah melebihi 4,000 kg, maka, pemandu adalah dikehendaki mempunyai lesen memandu Kelas E bagi memandu kenderaan tersebut.

“Perkara ini juga akan membuka peluang pekerjaan tambahan kepada semua penduduk Malaysia seterusnya mencapai hasrat dan objektif Keluarga Malaysia.

“Saya berharap dengan kebenaran khas ini, ia dapat membantu memulih serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negara yang akhirnya akan memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan MCA Johor di sini, hari ini. 

Kenderaan barangan ‘de-controlled’ adalah kenderaan barangan yang dikecualikan daripada mendapatkan lesen atau permit pengendali kenderaan barangan daripada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Negeri Sabah dan Sarawak. 

Namun, ia terhad kepada kenderaan barangan yang digunakan oleh pemilik kenderaan barangan bagi mengangkut barangan perniagaan sendiri dan terhad bagi had Berat Dengan Muatan (BDM) kenderaan barangan itu tidak melebihi 7,500 kg.

Ka Siong berkata, pihaknya mengambil maklum tentang keluhan dialami pengusaha, pemilik serta pemandu kenderaan barangan ‘de-controlled’ mengenai isu mempunyai kelas lesen memandu yang ditetapkan.

“Pada ketika ini, dalam lingkungan 96 peratus kenderaan barangan ‘de-controlled’ yang berdaftar adalah mempunyai BTM kurang daripada 3,500 kg yang membolehkan pemandu menggunakan lesen memandu Kelas D sahaja. 

“Namun, terdapat segelintir kecil, iaitu dalam lingkungan tiga peratus kenderaan barangan ‘de-controlled’ mempunyai BTM antara 3,500 kg hingga 4,000 kg,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya