Minta siasatan kes bukan sekadar APJ 1987 - Utusan Malaysia

Minta siasatan kes bukan sekadar APJ 1987

WARIS Penghantar Makanan Meninggal Ketika Menghantar Pesanan, Zailan Soid (tengah) bersama isteri mangsa, Nur Izwana (kanan) bercakap di Kampung Rantau Panjang, Kapar, Klang, Selangor sewaktu lawatan untuk menyampaikan sumbangan pada hari ini.-UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kerajaan Selangor meminta polis supaya tidak hanya menyiasat kes kemalangan maut membabitkan penghantar makanan, Allahyarham Muhaimin Mohad Sain@Mohd. Said, 34, di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya berpendapat siasatan kes tersebut perlu merangkumi undang-undang di bawah Kanun Keseksaan kerana melihat kejadian itu berlaku atas kecuaian individu.

“Kerajaan negeri akan mengikut rapat kes ini dan harap ada keadilaan bagi keluarga mangsa (Muhaimin)

“Jadi, saya harap polis serta Peguam Negara teliti kes ini bukan sahaja di bawah APJ 1987, tetapi juga peruntukan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan,” katanya selepas menziarahi keluarga Muhaimin di Kampung Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan kemalangan maut yang membabitkan dua buah motosikal, sebuah kenderaan SUV dan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat, di Jalan Meru/Jalan Haji Sirat, Klang.

Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang pada hari Jumaat itu menyebabkan Muhaimin meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal pula cedera parah dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin meminta semua persatuan penghantar makanan (p-hailing) untuk berjumpa dengannya bagi membuat perbincangan terperinci bagaimana untuk mendaftar kesemua pekerja industri ini di Selangor berdaftar dengan skim insurans khas Selangor, yang diperkenalkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada bulan lalu.

Malah beliau telah memaklumkan bahawa program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) akan diteruskan bagi membela nasib penghantar makanan di negeri ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.