Malaysia terus komited sokong perjuangan Palestin -

Malaysia terus komited sokong perjuangan Palestin

ISMAIL Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dua hala dengan Mahmoud Abbas di Perhimpunan Agung ke-77 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengulangi komitmennya untuk terus mendokong perjuangan dan hak Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendirian Malaysia sejak sekian lama tidak sama sekali menyokong Israel di mana-mana pertubuhan antarabangsa sehingga Palestin mendapat hak mereka sebagai negara berdaulat. 

“Malaysia turut menyokong proses perdamaian Israel dan Palestin serta penamatan pendudukan Israel di wilayah Palestin yang diduduki,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena pertemuan dua hala dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Perhimpunan Agung ke-77 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, hubungan dua hala antara Malaysia-Palestin ditingkatkan dengan termeterainya empat memorandum persefahaman.

“Ia melibatkan penubuhan mesyuarat jawatankuasa bersama serta memperkukuh kerjasama dalam bidang kesihatan, pelancongan dan hal ehwal Islam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia mengalu-alukan rakyat Palestin untuk menyambung pelajaran di Malaysia dalam bidang-bidang penting yang dapat membantu pembangunan semula Palestin. 

“Sehingga kini, terdapat 800 pelajar Palestin di universiti terkemuka di Malaysia dan mereka meneruskan pelajaran dalam pelbagai bidang termasuk teknikal dan kejuruteraan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya