MAFI mohon MOF tingkat peruntukan menerusi Belanjawan 2023

MAFI mohon peruntukan ditambah dalam Belanjawan 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memohon peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk kementerian itu dipertingkatkan bagi memastikan sekuriti agromakanan di dalam negara terus diperkasa.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pelbagai program telah dilaksanakan secara berterusan malah program baharu turut direncanakan bagi merancakkan sektor bekalan makanan negara.

Jelas beliau, beberapa pendekatan baharu antaranya program penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun selain usaha memodenkan sektor agromakanan negara menerusi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) bagi memodenkan sektor agromakan negara memerlukan dana yang berterusan daripada kerajaan.

“MAFI mengharapkan Kementerian Kewangan akan melihat ini sebagai sesuatu yang perlu diberi keutamaan dan kita pohon bajet tahunan ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Pulau Pinang Kali Ke-48 Tahun 2022 di sini hari ini.

Belanjawan 2023 akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober ini. 

RONALD KIANDEE (duduk, tengah) ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Pulau Pinang Kali Ke-48 Tahun 2022 di Butterwoth, Pulau Pinang hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, kenaikan dan penurunan harga bekalan sejak dua tahun lalu berpunca daripada perubahan kos import luar negara yang di luar kawalan kerajaan.

“Bagaimanapun, kita lihat  kenaikan harga makanan adalah pada tahap stabil dan masih dalam kawalan.

“Jika perlu intervensi daripada kerajaan sebagaimana yang berlaku pada isu ayam dan telur yang mana kerajaan memberi subsidi dan sebagainya, kita akan bantu,” katanya.

Jelas beliau, MAFI dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  akan sentiasa memantau bekalan dan harga bekalan makanan malah bersedia mengolah intervensi bagi memastikan harga yang dikenakan terhadap pengguna memadai walaupun tertakluk kepada kenaikan kos import dari luar negara.

Semalam, media melaporkan KPDNHEP mengesahkan tidak berlaku kekurangan bekalan sayur dalam negara pada masa ini berikutan kemerosotan itu hanya pada tahap 10 peratus.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, situasi semasa berdasarkan maklumat daripada Persekutuan Persatuan Pekebun-Pekebun Sayur Malaysia. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya