Lelaki tetak, tikam bekas kekasih kerana enggan sambung cinta -

Lelaki tetak, tikam bekas kekasih kerana enggan sambung cinta

SEORANG lelaki (depan kanan) direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini kerana menetak dan menikam bekas kekasihnya dalam kejadian di Masai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan reman selama enam hari kerana bertindak ganas menetak dan menikam bekas teman wanitanya kerana mangsa enggan meneruskan hubungan cinta mereka.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 30 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Khalida Farhana Abu Bakar, di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Tertuduh tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.30 pagi dengan lengkap berpakaian lokap berwarna ungu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mendapat maklumat tentang kejadian tersebut oleh pengawal keselamatan sebuah kediaman pangsapuri di Masai, dekat sini pada pukul 1.44 petang, semalam.

Pengadu memaklumkan terdengar pergaduhan di unit kediaman berkenaan sebelum mendapati suspek memegang pisau dan mangsa pula dalam keadaan berlumuran darah.

“Suspek bertindak mencederakan mangsa dengan menetak di beberapa bahagian badan dan menikam mangsa menyebabkan mangsa luka pada bahagian muka, lengan, pergelangan tangan dan rusuk.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana marah terhadap mangsa yang enggan meneruskan hubungan percintaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Polis menahan lelaki tersebut dan turut merampas pisau sepanjang 19 sentimeter yang digunakan dalam kejadian tersebut.

“Pemeriksaan awal ke atas suspek mendapati lelaki berkenaan mempunyai satu rekod lampau bersabit kesalahan jenayah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun berserta denda atau sebat, jika sabit kesalahan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya