Lelaki dipercayai pukul anak tiri ditahan -

Lelaki dipercayai pukul anak tiri ditahan

TANGKAP layar kecederaan yang dialami seorang remaja perempuan dipercayai dipukul bapa tirinya yang dimuat naik mangsa dalam Instagram miliknya. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pukul terhadap seorang remaja perempuan yang merupakan anak tirinya di sini yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, suspek ditahan setelah laporan polis yang dibuat oleh remaja perempuan berusia 19 tahun itu pada 18 Ogos lalu.

Menurutnya, dalam laporan polis yang dibuat, remaja itu mendakwa mengalami kecederaan akibat dipukul oleh suspek yang merupakan bapa tirinya.

“Pada 19 September lalu, tular dalam media sosial berkaitan laporan polis beberapa keping gambar seorang perempuan dipercayai dipukul oleh bapa tirinya.

“Susulan itu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis (IPD) Kerian menerima satu laporan polis yang bertarikh 18 Ogos lalu yang dibuat oleh pengadu.

“Pengadu mendakwa mendapat kecederaan akibat dipukul oleh bapa tirinya dan hasil siasatan mendapati suspek merupakan bapa tiri kepada mangsa.

“Lelaki tersebut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Namun kenyataan itu tidak menyebut tarikh  suspek ditahan.

Menurut Mazuki, siasatan kes itu masih diteruskan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan akibat mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumahtangga,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar keadaan kecederaan yang dialami remaja itu yang dimuat naik oleh remaja itu sendiri di Instagram miliknya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya