Lawatan Saifuddin ke Jerman bakal promosi diplomasi bahasa,

Lawatan Saifuddin ke Jerman bakal promosi diplomasi bahasa, budaya

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengadakan lawatan kerja ke Jerman bermula hari ini dengan turut disertai dua tokoh akademik terkemuka tempatan bersempena Program Khas Promosi Diplomasi Bahasa dan Budaya di negara Eropah tersebut.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, kunjungan Lawatan julung kali ke ibu kota Berlin sehingga 2 Oktober depan itu menyaksikan pertemuannya bersama Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock bagi perbincangan kerjasama lama terjalin antara dua negara.

Pertemuan itu memberi ruang kedua-dua menteri bertukar-tukar pandangan berhubung falsafah ‘Hidup Bersama Dalam Budaya Damai’ dan isu berkepentingan secara bersama.

 Ia turut meliputi perbincangan perkembangan kemajuan melibatkan dalam aspek kebudayaan, bidang kerjasama dengan anggota ASEAN serta terlibat program rundingan meja bulat di Institut Antarabangsa bagi Kajian Strategik Eropah yang diberi tajuk ‘Peaceful Coexistence in Post-Pandemic Era.’

Saifuddin juga akan hadir menyampaikan ucaptama siri syarahan di Institut Diplomasi Kebudayaan yang bertajuk ‘Social Cohesion: Moving Beyond the Frame of Conflict and Consensus.’

“Dua acara di Berlin itu turut melibatkan Profesor Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin dan Prof. Dr. Anis Yusal Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia,” jelas kenyataan berkenaan.

Wisma Putra menambah, menteri tersebut kemudian akan pergi ke Frankfurt pula untuk hadir mengambil bahagian dalam rundingan meja bulat di Institut Penyelidikan Keamanan Frankfurt dan dijadualkan berucap pada siri syarahan di Romanfabrik, sebuah pusat kebudayaan terkemuka yang sering menjadi tuan rumah untuk ramai personaliti terkenal sejagat.

Beliau turut akan menyertai Majlis Makan Malam Gala anjuran Kerajaan Negeri Sarawak dan Malaysian Club Deutschland bersempena ulang tahun ke-65 hubungan antara dua negara.

Jerman merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan anggota Kesatuan Eropah sejak 2005 dengan imbangan perdagangan dua hala lebih memihak kepada Malaysia.

Malah, sepanjang tahun lepas di sebalik isu pandemik Covid-19, nilai dagangan direkodkan Malaysia-Jerman adalah RM53.95 bilion berbanding hanya RM47.92 bilion pada 2020 lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya