Kerjasama PN seperti retak menanti belah - Ahmad Maslan - Utusan Malaysia

Kerjasama PN seperti retak menanti belah – Ahmad Maslan

AHMAD MASLAN bersama-sama pasangan pengantin pada Majlis Walimatulurus Perdana anjuran Pejabat Agama Daerah Pontian di Dewan Serbaguna Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: UMNO tidak gentar untuk berdepan dengan Perikatan Nasional (PN) apabila parti  tersebut melabelkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama berbanding Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung UMNO,  Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara tersebut memang diduga kerana salah sebuah parti komponen PN, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pernah bersama-sama PH.

Perkara tersebut nyata bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini  yang menyatakan BN bukan musuh utama PN dan ketiadaan pemimpin Pas pada sambutan ulang tahun keenam Bersatu semalam menunjukkan ada perpecahan dalam kalangan parti komponen PN.

“Kelihatan mungkin telah ada retak menanti belah dalam kalangan mereka,” katanya selepas menghadiri Majlis Walimatulurus Perdana anjuran Pejabat Agama Pontian di Dewan Serbaguna Benut, dekat sini hari ini.

Semalam Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan ahli partinya bahawa BN adalah musuh utama gabungan itu  yang perlu dilawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bekas Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu berkata, parti komponen dalam PN perlu bergerak sebagai sebuah pasukan dan memiliki hala tuju yang sama, bukan mengeluarkan kenyataan atau  pendirian bertentangan.

Pada 20 September lalu, Takiyuddin menyatakan Pas sama sekali tidak bersetuju dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan BN sebagai musuh dalam PRU15, sebaliknya menegaskan bahawa musuh sebenar penyatuan ummah adalah PH dan sekutu-sekutunya.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menambah, seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, BN juga telah berdepan dengan PN dan  PH dengan BN memenangi kedua-dua PRN tersebut.

“Jika ditakdirkan untuk kita berdepan sekali lagi dengan kedua-dua parti tersebut (PN dan PH), BN bersedia untuk menghadapi bersama komponen yang lain pada PRU15” ujarnya.

Mengenai  kerjasama Muafakat Nasional (BN), beliau mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa MN belum mati, tetapi tidak subur antara lain disebabkan Pas menentang  UMNO  di Johor dan Melaka.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya