Kereta dipandu wanita terjerumus dalam lubang kabel bawah tanah

Kereta dipandu wanita terjerumus dalam lubang kabel bawah tanah

SEBUAH kenderaan dinaiki seorang wanita bersama anak lelakinya berusia empat tahun, terjerumus dalam kawasan baik pulih kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangsa, di sini hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah kenderaan dinaiki seorang wanita bersama anak lelakinya berusia empat tahun, terjerumus dalam kawasan baik pulih kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangsa, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, wanita terbabit dilaporkan dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Jalan Pahang, kembali ke rumahnya di AU3.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kejadin berpunca selepas kenderaan dipandu wanita berusia 32 tahun itu dilaporkan melanggar penghadang air di lorong kiri sebelum jatuh ke dalam kawasan pembaik pulih kabel.

“Akibat pelanggaran itu, wanita terbabit dan anaknya tidak mengalami kecederaan dan kenderaan mangsa kemudian ditunda keluar dari kawasan pembaik pulih.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen RULE 10 LN 166/59 iaitu tidur semasa memandu atau lalai mengawal pergerakan kenderaan dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular gambar dan video mengenai kejadian di dalam laman sosial memaparkan orang ramai yang melalui laluan sama membantu menyelamatkan wanita dan anaknya sebaik kemalangan berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya