Kerepek bawang Felda Ledang dapat sambutan baik -

Kerepek bawang Felda Ledang dapat sambutan baik

SITI NURZIANA ZAHARIN (kanan) dan pekerjanya menunjukkan kerepek bawang udang geragau dan asli yang mendapat sambutan ramai di gerainya sempena Festival Majestic Johor 2022 di Puteri Harbour, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Selain pameran dan pelbagai aktiviti yang dianjurkan, gerai jualan sempena Festival Majestic Johor (FMJ) 2022 sering menjadi tumpuan pengunjung.

Antara yang menjadi tumpuan ialah gerai yang menjual kerepek bawang dari Felda Ledang, Tangkak.

Pegawai Pemasaran Aunty ET Food, Siti Nurziana Zaharin berkata, FMJ 2022 memberi peluang dan ruang untuk syarikat makanan ringan itu memasarkan produk berasaskan kerepek.

“Sejak dibuka FMJ pada 8 September lalu sambutan daripada pengunjung amat menggalakkan.

“FMJ 2022 menjadi medan bagi syarikat kami untuk mempromosi dan mengembangkan lagi produk kerepek bawang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas Nurziana, terdapat dua perasa kerepek bawang, iaitu udang geragau dan asli yang dijual dengan harga RM10 bagi balang dan RM13 bagi peket yang diberi nama Snek Chinta.

Orang ramai juga boleh membeli secara dalam talian melalui Shopee nama kerepek bawang ET Food atau menerusi aplikasi WhatsApp ke nombor 017-4969279.

Walaupun musim cuti sekolah telah berakhir dan orang ramai mula bekerja, FMJ 2022 tetap meriah terutamanya pada waktu petang hingga malam.

Gerai-gerai makan dan minuman terus menjadi tumpuan dengan pelbagai hidangan yang menarik sehingga para pelanggan terpaksa beratur untuk mendapatkan juadah yang diingini.

Festival anjuran kerajaan negeri menerusi Tourism Johor hingga hari ini turut mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), UEM Sunrise dan Iskandar Puteri Tourism Action Council (IPTAC). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.