Kanak-kanak lima tahun maut, trak pikap lawan arus -

Kanak-kanak lima tahun maut, trak pikap lawan arus

KEADAAN Perodua Alza yang dirempuh sebuah trak pikap dalam nahas di Jalan Kesang Garing, Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Perjalanan empat sekeluarga berakhir tragedi di Jalan Kesang Garing di sini, selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dinaiki mereka dirempuh sebuah Toyota Hilux dalam kemalangan pukul 11 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Afif Daiyan Shamsuri, 5, meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya, Shamsuri Mohd., 45, sementara kakaknya pula, Auni Dalili Shamsuri, 11, mengalami kecederaan parah di kepala.

Bagaimanapun ibunya, Che Hasliza Che Ha, 43, hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mispani Hamdan berkata, ketika kejadian, kereta dinaiki empat beranak itu dalam perjalanan dari arah Kesang menghala ke Durian Tunggal. 

“Semasa sampai di lokasi, sebuah Toyota Hilux tiba-tiba memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan MPV dinaiki mereka. 

“Akibat kemalangan itu, seorang kanak-kanak meninggal dunia di lokasi manakala pemandu iaitu bapanya dan kakaknya yang berada di bahagian penumpang belakang parah di kepala serta badan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Mispani, pemandu trak pikap yang merempuh mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan. 

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasatan manakala kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya