Kalau tiada calon lain, saya sudi jadi PM kali ketiga - Dr. Mahathir

Kalau tiada calon lain, saya sudi jadi PM kali ketiga – Dr. Mahathir

mahathir
MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk memegang jawatan Perdana Menteri buat kali ketiga.

Namun, bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, perkara itu hanya akan dipertimbangkan jika tiada calon lain yang sesuai serta jika wujud desakan pelbagai pihak.

“Kalau nak fikir tentang kedudukan, saya lebih suka kalau boleh berehat. Walaupun berehat, saya akan memainkan peranan sebagai pakar rujukan, atau memberi nasihat, itu boleh kita buat.

“Tetapi, kalau desakan demi desakan datang, saya nak fikir tentang diri sendiri pun susah, jadi kalau desakan datang dan tiada calon lain, saya terimalah,” katanya ketika sesi Hard Talk bersama Dr. Mahathir hari ini.

Bagaimanapun, Mahathir enggan memegang jawatan itu dalam tempoh yang terlalu panjang.

“Tak bolehlah sampai lima tahun, mungkin satu tahun sahaja, tapi kalau orang nak, pasal saya tak nak orang anggap saya tubuh Pejuang, tubuh Gerakan Tanah Air untuk saya jadi Perdana Menteri kali ketiga, itu bukan niat saya.

“Saya cuma nak tentukan dasar-dasar yang menolong orang Melayu dapat dilaksanakan oleh kerajaan yg prihatin, yang sayang kepada bangsa, negara dan agama,” katanya.

Mahathir yang kini berusia 97 tahun, berkhidmat sebagai Perdana Menteri keempat selama 22 tahun iaitu pada 1981 sehingga 2003 di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri buat kali kedua selama 22 bulan pada 2018 hingga 2020, memimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH). –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN