Kalau betul produk ada babi, tolong jujur - Idris -

Kalau betul produk ada babi, tolong jujur – Idris

soft candy yang didakwa mengandungi gelatin daripada babi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta para peniaga agar lebih telus memberitahu pelanggan mengenai status produk yang dijual.

Meskipun langkah tersebut mungkin boleh menyebabkan hasil jualan mereka terjejas, namun, ia adalah lebih baik daripada menipu dan menanggung dosa kerana menganiaya masyarakat.

“Saya berharap sangat supaya peniaga kena berlaku jujur dan kalau betul produk yang dijual itu ada unsur babi, sila diberitahu lebih awal,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini selepas merasmikan Persidangan Nadwah Ulama dan Ilmuwan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang bertemakan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera.

Pada 14 September lalu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan produk manisan terkenal, Soft Candy With Jam mengandungi gelatin babi susulan tular mendapati logo halal digunakan tidak diperakui Jakim sendiri.

Justeru, agensi berkenaan menyeru para pengguna Muslim tidak memakan manisan tersebut selain cakna dengan meneliti terlebih dahulu label bungkusan sebelum melakukan pembelian.

Mengulas lanjut, Idris meminta pengeluar produk makanan dan minuman yang diusahakan individu bukan Islam agar beramanah serta mengakui ramuan haram dalam produk mereka.

“Saya amat berharap supaya usah diperalatkan hal agama untuk kepentingan sendiri dan menyalahgunakan agama untuk tujuan komersial bagi menarik pelanggan Islam,” katanya yang turut meminta masyarakat Islam lebih berani tampil membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati sesuatu produk itu cuba menipu pengguna. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya