Hubungan Pas dengan UMNO dan Bersatu ibarat 'nikah' dua -

Hubungan Pas dengan UMNO dan Bersatu ibarat ‘nikah’ dua

NIK Muhammad Zawawi Salleh (kiri) meninjau pokok kelapa varieti Sungai Gulang-gulang (SGG) kawasan tanaman kelapa di Kampung Gong Tengah, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. -UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Hubungan Pas dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) diibaratkan sebagai berkahwin dua.

Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, parti itu yang bertindak sebagai ‘suami’ akan terus berusaha menyatukan UMNO dan Bersatu dibawah payung penyatuan ummah.

“Apa yang berlaku (hubungan UMNO dan Bersatu) ketika ini macam beristeri dua, ada sahaja yang tidak kena dan payah untuk mencari keserasian.

“Bagaimanapun, tetap sayang kepada keduanya dan biasalah peringkat awal tentunya ada kepayahan, cabaran onak dan duri. Agenda Islam dalam membina kesatuan yang kukuh perlu diteruskan,” katanya selepas diminta mengulas mengenai agenda penyatuan ummah semasa ditemui selepas melawat Projek Tanaman Kelapa di Kampung Gong Tengah, di sini , hari ini.

Nik Muhammad Zawawi menegaskan, penyatuan ummah bukan agenda Pas, Bersatu atau UMNO, tetapi tuntutan Islam yang perlu diperjuangkan secara bersama.

Katanya, polemik yang berlaku tidak membayangkan keretakan parti Melayu secara hakiki kerana usaha dan perbincangan tetap diteruskan selagi mana ada ruang dan peluang.

“Penyatuan ummah ini bertujuan memastikan teraju kepimpinan negara tidak kembali ke pangkuan Pakatan Harapan (PH).

“Pas yakin, penyatuan ummah diyakini berjaya dibentuk sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan sekarang adalah proses pemulihan yang sedang dilaksanakan di pelbagai peringkat,” ujarnya.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu memberitahu, pengundi peringkat akar umbi khususnya golongan muda juga lebih menyokong gabungan antara parti Melayu.

Katanya, parti yang berhasrat untuk bergerak solo dalam PRU15 dijangka akan ditolak oleh pengundi muda. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN