Harga minyak masak botol 5 kg diturunkan ke RM33.50  -

Harga minyak masak botol 5 kg diturunkan ke RM33.50 

PELANGGAN sebuah pasar mini di Kampung Tualang, Ani Omar, 53, melihat harga pada botol minyak masak dalam sebuah pasar raya di sini hari ini. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Harga minyak masak botol lima kilogram (kg) diturunkan kepada RM33.50 berbanding RM34.70 bermula 8 September hingga 7 Oktober depan.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatan kuasa berkenaan hari ini berikutan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO).

ANNUAR MUSA

Beliau berkata, walaupun harga CPO pada Ogos lalu berlaku peningkatan sedikit iaitu pada RM4,169 berbanding RM4,060 setiap tan metrik pada bulan sebelumnya, harga minyak masak itu boleh diturunkan lagi mengambil kira faktor-faktor seperti harga premium khusus RM2 dimasukkan dalam penentuan harga bulan lalu bagi membolehkan peniaga membuat proses peralihan harga sewajarnya.

“Harga siling kita putuskan pada bulan lalu ditetapkan minyak masak botol lima kg pada harga RM34.70 berdasarkan kaedah penghitung tertentu. Namun, penetapan harga siling itu bukanlah semata-mata berasaskan harga minyak sawit.

“Kita memahami stok lama dibeli peniaga pada harga tinggi, maka harga RM34.70 itu sudah dimasukkan harga premium khusus RM2 diberikan kepada penjual supaya mereka boleh buat proses peralihan setelah harga minyak sawit turun,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Annuar berkata, penetapan harga minyak masak 3kg pula diturunkan kepada RM21.70 kepada RM 21.10;  2 kg (RM14.70 kepada 14.30) dan 1 kg (RM7.70 kepada 7.50).

Beliau bagaimanapun percaya harga minyak masak boleh terus diturunkan dan tidak timbul kekeliruan walaupun harga minyak sawit naik sedikit dengan mengambil kira persaingan dan harga lantai RM2 diberikan sebelum ini. 

Kerajaan sebelum ini mewarta harga minyak masak sawit tulen dalam botol menerusi kaedah penentuan harga siling produk itu secara bulanan mengikut purata harga CPO bulan sebelumnya.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, kadar siling bulanan itu ditetapkan melalui kaedah pengiraan ditentukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas rundingan bersama pemain industri minyak sawit tulen, diadakan.

Penetapan harga siling itu berkuat kuasa setiap lapan hari bulan. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya