SEREMBAN: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador adalah calon terbaik mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) di Parlimen Rembau bagi misi menyelamatkan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Timbalan Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Mohamad Jani Ismail berkata, perkara tersebut juga telah dibawanya ke pengetahuan kepemimpinan GTA dan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang). “Saya ada memberikan pandangan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Timbalan Pengerusi GTA), kalau GTA mahu menang…










