Fungsi bercelaru, MPN perlu dibubar - Utusan Malaysia

Fungsi bercelaru, MPN perlu dibubar

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Pemulihan Negara (MPN) perlu dibubar kerana bukan sahaja bercelaru di samping fungsi tidak jelas dan tiada keperluan malah bertindih dengan fungsi badan pemikir dan agensi kerajaan lain yang bertindak sebagai penasihat dan pelaksana.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi MPN yang bukan merupakan seorang Perdana Menteri dilihat melemahkan majlis itu sendiri meskipun dianggotai oleh pakar-pakar, namun, keberadaannya yang bukan Ketua Eksekutif menjadikan sebab pelaksanaan cadangan majlis itu kurang iltizam politik dan tidak perlu.

Malah, kata beliau, Muhyiddin didakwa menggunakan majlis itu sebagai platform propaganda politiknya apabila ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, majlis itu sebagai peluru politik dalam kempen-kempennya dengan menggambarkan seakan kerajaan hari ini gagal jika cadangan tidak dilaksanakan. 

“Adat memberi cadangan, jika diterima kita bersyukur dan jika tidak, mungkin ada cadangan yang lebih baik. Maka, Muhyiddin tidak perlu berkeluh kesah seakan kerajaan telah menidakkan peranan MPN atau MPN telah gagal. 

“Dengan kerajaan yang telah melaksanakan 16 daripada 69 cadangan majlis itu sendiri menunjukkan bahawa Kerajaan masih mengambil serius pandangan majlis meskipun kewujudannya tidak jelas, tidak perlu dan bertindih,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Semalam Muhyiddin mengakui pihaknya kecewa dengan kerajaan kerana lambat melaksanakan beberapa cadangan penting membabitkan usaha pemulihan ekonomi negara.

Beliau menjelaskan MPN sudah mengemukakan 95 saranan untuk dipertimbangkan kerajaan dengan 69 daripadanya membabitkan isu sosio-ekonomi dan 26 berkaitan tadbir urus.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menegaskan Malaysia memerlukan kestabilan politik sebagai ramuan utama sebelum pelbagai bentuk polisi yang bermakna dapat dibentuk. 

“Insya Allah dengan kemenangan majoriti  BN UMNO kelak, MPN atau majlis seakan MPN tidak lagi diperlukan dan sinergi tersusun antara kerajaan, sektor swasta dan ahli-ahli akademik serta NGO akan terus dirintis bagi membangunkan Malaysia tercinta,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya