Empat sekeluarga terperangkap insiden kepala air -

Empat sekeluarga terperangkap insiden kepala air

ANGGOTA bomba menyelamatkan seorang daripada empat individu yang terperangkap dalam kejadian kepala air di sungai di Gombak, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air di sungai berhampiran balai polis lama di Gombak di sini hari ini. 

Ketika kejadian, seorang wanita dan tiga anaknya dipercayai sedang berkelah sebelum hujan lebat di kawasan terbabit. 

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.37 dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati empat individu iaitu seorang wanita, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan terperangkap di seberang sungai.

“Kerja-kerja menyelamat dilakukan dan kesemua mangsa disahkan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya