TUMPAT: Seorang ejen jualan produk kosmetik didakwa `dilarikan’ tiga lelaki dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini petang semalam.
Dalam kejadian pukul 4.10 petang, Rosnazirah Mohd. Naim, 36, didakwa dilarikan oleh tiga lelaki dengan menggunakan sebuah kereta jenis Toyata Vios berwarna perak
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah dalam satu kenyataan mengesahkan polis menerima laporan berhubung kehilangan wanita itu.
Menurut beliau, polis sedang melakukan siasatan lanjut dan menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Terdahulu tular rakaman video berdurasi dua minit 51 saat yang memaparkan kejadian wanita itu didakwa dilarikan.
Ramakan itu daripada kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa.
Difahamkan wanita sudah berkawin dan setakat ini ahli keluarga dipercayai masih menjeja Rosnazirah sehingga ke Thailand namun tidak menemui mangsa. – UTUSAN