JERAI: Dewan Ulama Pas berpandangan undang-undang berkaitan budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu diperkasakan dalam usaha memelihara akidah umat Islam di negara ini. Ketuanya, Datuk Ahmad Yahya berkata, kerajaan perlu bersikap peka terhadap ancaman pendukung ideologi LGBT yang sedang meresap masuk ke rantau ini. “Di samping itu, kita juga perlu berhadapan dengan realiti yang getir untuk mempertahankan negara daripada usaha ‘menghalalkan’ LGBT susulan pengumuman untuk menerima LGBT…