Covid-19: Kes positif meningkat lebih 2,000; Selangor kembali

Covid-19: Kes positif meningkat lebih 2,000; Selangor kembali tertinggi dengan 990 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,445 kes berbanding kelmarin, 1,552 kes sekali gus diatasi 1,613 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 990 kes diikuti Kuala Lumpur (441), Perak (184), Sabah (176) dan Negeri Sembilan (119).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Kedah (83), Sarawak (82), Pulau Pinang (78),  Melaka (68), Kelantan (67),  Johor (60), Pahang (40), Putrajaya (31) dan Terengganu (24) manakala Perlis, dua kes.

Hanya Labuan tidak mencatatkan sebarang kes.

 Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 389 orang berbanding kelmarin, 394 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 41 kes berbanding jumlah kelmarin, 46 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 22 kes berbanding jumlah kelmarin, 26 kes. 

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 13 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,080 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan dua kes berbanding jumlah kelmarin, enam kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,365 kes. 

Manakala, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,732 kes. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya