Covid-19: Kes positif kekal lebih 2,000 biarpun menurun -

Covid-19: Kes positif kekal lebih 2,000 biarpun menurun

JUMLAH kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 1 dan 2 turut meningkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,070 kes berbanding kelmarin, 2,245 kes sekali gus mengatasi 2,009 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 592 kes diikuti Kuala Lumpur (392), Perak (226), Sabah (171), Negeri Sembilan (117), Pulau Pinang (108), Sarawak (102) dan Melaka (101). 

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Kedah (55), Kelantan (52), Pahang (47), Johor (46), Putrajaya (32) dan Terengganu (18).

Hanya dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, enam kes dan Labuan, lima kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 407 orang berbanding kelmarin, 395 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 54 kes berbanding jumlah kelmarin, 55 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 33 kes berbanding jumlah kelmarin, 35 kes. 

Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 14 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,079 kluster.

Satu kluster baharu melibatkan Kumpulan Berisiko Tinggi iaitu Kluster Jalan Ampang di Lembah Pantai dan Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan sembilan kes. 

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan tiga kes berbanding jumlah kelmarin, 12 kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,345 kes. 

Manakala, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,730 kes. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.