Bob Lokman meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bob Lokman meninggal dunia

BOB LOKMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Penulis lirik terkemuka tanah air yang juga pelakon terkenal, Bob Lokman, 58, meninggal dunia akibat komplikasi jantung, pukul 3 petang tadi.

Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian.

Beliau meninggalkan seorang balu, Relawati Daud dan tujuh anak.

Jenazah akan dibawa ke Hospital Kubang Kerian untuk dimandikan, seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian selepas solat Isyak.

Allahyarham dilahirkan pada 1964 di Kubang Kerian, turut dikenali sebagai pelakon dan pengacara sejak 1988. Antara filem dan drama lakonannya adalah Pi Mai Pi Mai Tang Tu, 2+1.com.my dan Tentang Bulan Series.

Beliau membintangi filem pertama, Yes Tuan pada 1996, disusuli Iskandar (2003), Jin Notti, Santau (2009), Zoo, Mantra (2010) dan Sekali Lagi (2011).

Bob Lokman juga adalah antara komposer dan penulis lirik hebat serta pernah menghasilkan lirik lagu popular, Isabella nyanyian kumpulan Search.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan penulis lirik itu bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC). –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya