BN Sabah jangan saling berbalah untuk menang PRU15 - Utusan Malaysia

BN Sabah jangan saling berbalah untuk menang PRU15

BUNG Moktar Radin (tengah) bersama barisan kepimpinan BN Sabah semasa program Gelombang Biru di Kota Belud semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) akan menawan semula kerusi Parlimen yang dimenangi di bawah payung BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ramai pemimpin BN yang berpaling tadah selepas PRU14 untuk berada dalam parti yang bertentangan dan ingin menghancurkan UMNO-BN dengan matlamat BN tidak memerintah negara ini.

Menurut beliau, kini menjadi tanggungjawab pemimpin BN untuk memastikan kemenangan calon-calon BN pada PRU15 terutama di kerusi Kota Belud, Tuaran, Kudat dan Kota Marudu.

Pada PRU14, kerusi tradisi BN di Parlimen Kota Belud dimenangi calon Parti Warisan (Warisan), Isnaraissah Munirah Majilis manakala, kerusi Tuaran, Kudat dan Kota Marudu dahulunya dimenangi di bawah payung BN tetapi, mereka berpaling kepada parti lain.

“Kita akan tawan semula Tuaran, Kota Belud yang dahulunya kubu kuat BN pada PRU. Kita akan kembalikan kegemilangan itu. Kita akan bertanding di Kota Belud, banyak calon berpotensi dan kita akan pilih calon yang boleh menang serta diterima rakyat,” katanya semasa perasmian Gelombang Biru semalam.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, pemimpin UMNO-BN tidak boleh berpecah-belah dan saling cantas-mencantas.

“Belajarlah daripada kesilapan lalu, BN di Kota Belud pernah kalah pada 2018, kekalahan itu faktor sabotaj dan cantas-mencantas kerana tidak setuju dengan calon.

“Sekiranya ini berlaku lagi, jangan harap Kota Belud akan ada pembangunan, kita sudah tengok Warisan memerintah 28 bulan tapi tiada pembangunan yang mereka bawa.

“Jadi pada PRU akan datang, jangan lagi kia berbalah. Kita kena ada strategi dalam perjuangan dan kepimpinan. Siapa pun terpilih sebagai calon, kita harus sokong kerana pilihan raya akan datang kita perlukan angka untuk menang PRU,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata, momentum sokongan rakyat menerusi Gelombang Biru ini akan diteruskan di kawasan parlimen lain bagi memastikan BN kembali menjadi sebuah kerajaan secara mutlak di Putrajaya pada PRU akan datang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya