Bayi perempuan ditinggal dalam beg ditemukan - Utusan Malaysia

Bayi perempuan ditinggal dalam beg ditemukan

KEADAAN bayi dianggarkan berusia dua bulan ditemukan di Bandar Bukit Jalil, Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang bayi perempuan ditemukan di Apartmen Sri Rakyat di Bandar Baru Bukit Jalil dekat sini, Ahad lalu.

Bayi yang dianggarkan berusia dua bulan itu ditinggalkan dalam beg berhampiran kawasan kedai makan apartmen berkenaan pukul 10.49 pagi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, susulan daripada laporan yang diterima sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Jalil dihantar ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan awal mendapati bayi perempuan ditemukan orang awam di dalam sebuah beg dan diletakkan di kawasan kedai makan.

“Pasukan perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) tiba di lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan ke atas bayi terbabit.

“Sebaik pemeriksaan dijalankan, bayi tersebut disahkan dalam keadaan sihat dan dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan polis masih mengesan ibu bapa bayi terbabit untuk siasatan lanjut.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881 atau Hotline Polis Kuala Lumpur ditalian 03-2146 0584 / 585.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN