Banjir: JBPM Kelantan mula pantau 595 lokasi 'panas' -

Banjir: JBPM Kelantan mula pantau 595 lokasi ‘panas’

ZAINAL Madasin (kanan) memakaikan tanda pangkat kepada salah seorang pegawai pada Majlis Perhimpunan Bulanan September 2022 di Dewan Utama JBPM Kelantan, hari ini.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sudah mula melakukan pemantauan di 595 lokasi kawasan ‘panas’ yang sering dilanda banjir sebagai persiapan awal menghadapi Monson Timur Laut.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, pemantauan itu melibatkan di kawasan kampung-kampung yang sering dilanda banjir terutamanya di Rantau Panjang, Pasir Mas, Gua Musang, Kuala Krai dan Pengkalan Kubor.

Menurutnya, pada masa yang sama persiapan keanggotaan meliputi latihan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua berada dalam terbaik.

“Selain itu, latihan melibatkan operasi pengurusan jenazah semasa banjir turut dilakukan oleh anggota JBPM negeri. 

“Setakat ini, kekuatan anggota kita mencukupi iaitu seramai 1,300 anggota operasi dan 2,200 ahli bomba komuniti serta 65 pesara bomba yang sudi membantu secara sukarela di kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan September 2022 di Dewan Utama JBPM Kelantan di sini hari ini.

Zainal memberitahu, jika keadaan menjadi kritikal pihaknya akan mendapatkan bantuan dari negeri-negeri yang tidak terkesan dengan musibah berkenaan.

Katanya, JBPM negeri turut mengadakan pemantauan di kawasan cerun yang berisiko mengalami tanah runtuh.

“Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga terutama di kawasan banyak cerun iaitu di Gua Musang dan Jeli. Ini adalah antara kawasan tinggi yang perlu diambil perhatian.

“Oleh itu, di peringkat JBPM negeri, kita ada membuat pemantauan dengan kerjasama beberapa agensi yang terlibat dengan melihat dari pelbagai aspek,”ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya