Azmin wakili PM ke pengebumian Abe esok - Utusan Malaysia

Azmin wakili PM ke pengebumian Abe esok

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Upacara Pengebumian Negara bagi mendiang Shinzo Abe di Jepun esok.

 Menurut kenyataan Wisma Putra di sini hari ini, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut bakal diiringi oleh pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.

“Upacara khas untuk mantan Perdana Menteri Jepun itu diadakan di kompleks sukan terkenal Jepun, Nippon Budokan di ibu negara tersebut yang turut dihadiri tokoh-tokoh asing lain,” kata kenyataan.

Selepas itu, Azmin dijadual  bertemu dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida yang turut disertai Ketua Setiausaha Kabinetnya, Hirokazu Matsuno dan juga Menteri Luar, Yoshimasa Hayashi.

Sesi  tersebut diikuti dengan pertemuan ringkas bagi penyampaian ucapan takziah kepada isteri mendiang, Akie Abe di rumah tetamu kerajaan, Akasaka Palace di Minato, Tokyo.

Dianggarkan 30 tokoh luar hadir antaranya ialah Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris; Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Abe meninggal dunia pada 8 Julai lalu dalam usia 67 tahun selepas ditembak dari jarak dekat ketika berkempen untuk calon pemerintah, Parti Liberal Demokratik (LDP) di Kashihara, Nara.

Mendiang merupakan Perdana Menteri Jepun dari 2006 hingga 2007 dan 2012 hingga 2020 iaitu empat penggal; sekali gus penyandang jawatan paling lama dalam sejarah negara maju itu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya