Asnaf LGBT antara dibantu MAIS - Utusan Malaysia

Asnaf LGBT antara dibantu MAIS

HASHIM Meon ditemui pemberita selepas Pelancaran Kempen Bulan Pembebasan Riqab Tahun 2022 di Shah Alam, Selangor, hari ini. -UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) turut tersenarai sebagai golongan asnaf Riqab yang dibantu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Malah, sebanyak RM21.2 juta diperuntukkan bagi membantu 2,529 orang yang tergolong dalam kumpulan asnaf Riqab di seluruh Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS, Tan Sri Hashim Meon berkata, asnaf Riqab adalah individu yang terbelenggu dengan masalah sosial dan aqidah seperti penagih dadah, sumbang mahram, terpesong akidah dan lain-lain lagi.

“Kami bantu golongan ini sejak 10 tahun yang lalu dengan harapan akan kembali ke jalan yang benar.

“Kesemua jumlah peruntukan ini diterima hasil zakat yang dibayar oleh umat Islam melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS),” katanya pada majlis pelancaran Kempen Bulan Pembebasan Ar-Riqab, hari ini. 

Beliau menambah, penagih dadah merupakan kumpulan yang paling ramai yang tergolong dalam kumpulan asnaf itu, bagaimanapun tidak mempunyai jumlah individu yang terjebak.

Kata Hashim lagi, setiap individu ini akan diberikan bantuan berbeza, mengikut keperluan masing-masing seperti membiayai rawatan kesihatan, perbelanjaan harian dan lain-lain lagi. 

“Saya berharap orang ramai boleh menyalurkan maklumat sekiranya terdapat individu yang berpotensi tergolong sebagai asnaf Riqab. 

“Sehingga kini, terdapat 28 buah pusat asnaf Riqab di seluruh Selangor yang berfungsi sebagai tempat perlindungan golongan ini,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya