Ar Rasyid anjur program Selangor Berselawat - Utusan Malaysia

Ar Rasyid anjur program Selangor Berselawat

Khairulnizam Abd. Ghani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Amal Kebajikan Ar Rasyid (PAKAR) akan menganjurkan program Selangor Berselawat ber­temakan ‘Rasulullah SAW Merinduimu’ bersempena kedatangan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairulnizam Abd. Ghani berkata, program itu akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 29 Oktober ini dan menyasarkan 3,000 kehadiran dari seluruh negara dengan tiket masuk percuma.

“Program ini bertujuan membangkitkan rasa cinta dalam hati masyarakat kepada peng­hulu sekalian manusia, sekali gus dengan niat agar Allah SWT memberkati bumi Malaysia khususnya Sela­ngor Darul Ehsan,” katanya.

Program itu akan dihadiri ulama dan pendakwah terkenal luar dan dalam negara yang akan bersama untuk menyampaikan tausiyah dalam majlis tersebut.

“Kami juga akan menganjurkan program Tausiah Khas setiap Jumaat selepas solat Maghrib secara online menerusi aplikasi Zoom selama tujuh minggu berturut-turut bersama tujuh penceramah yang berbeza-beza secara percuma. Kemuncak program tausiah akan berlangsung di SACC, Shah Alam.

Untuk info lanjut, boleh layari www.pertubuhanarrasyid.com – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya