Air longkang masuk rumah setiap kali hujan - Utusan Malaysia

Air longkang masuk rumah setiap kali hujan

LIEN Su Lim menunjukkan longkang tersumbat menetap di Kampung Batu Dua, Jalan Ayer Hitam, Dengkil, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Enam sekeluarga kini hidup dalam kebimbangan setiap kali hujan kerana kediaman mereka akan dilimpahi air longkang. 

Bagi Lien Su Lim, 66, yang menetap di Kampung Batu Dua, Jalan Ayer Hitam di sini berkata, keadaan itu kerap berlaku sejak tiga tahun lalu.

Su Lim berkata, dia mendapati masalah itu berlaku disebabkan keadaan longkang yang tidak diselenggara menyebabkan ia kerap tersumbat.

Katanya, dia pernah mengadu kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), namun, dimaklumkan longkang itu di bawah selenggara Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kami sudah tidak sanggup lagi berdepan dengan situasi ini. Saya harap longkang ini dapat diselenggara dengan segera supaya tidak lagi tersumbat.

“Kami juga terpaksa meninggikan halaman rumah dengan binaan konkrit bagi mengelak air memasuki rumah,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, dia sudah menetap di rumah ini sejak 40 tahun lalu selain turut ditemani isteri bersama tiga anak, menantu dan cucu.

Su Lim berkata, dia juga turut mengusahakan bengkel kenderaan di hadapan rumahnya dan setiap kali hujan, air pasti melimpahi kawasan bengkelnya.

“Jika masalah itu berterusan, saya bimbang keadaan ini akan menjejaskan perniagaan saya pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk setempat, Tiw Soong Bing, 48, berkata, keadaan longkang yang tersumbat juga dibimbangi boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Katanya, selain kawasan kediaman ini, pihak JKR juga perlu melihat keadaan longkang di sekitar Dengkil ini khususnya sebagai persediaan berdepan banjir tidak lama lagi.

Tinjauan di kediaman berkenaan mendapati, keadaan longkang bukan sahaja tidak diselenggara dengan baik sebaliknya binaan dan struktur longkang juga sudah runtuh. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya