"Sepatutnya, selepas selesai memanjat bukit, Datuk (Ahmad)

Ahmad Amzad alami sesak nafas ketika mendaki bukit

AHMAD Amzad Hashim (kanan) yang mengalami sesak nafas ketika mendaki Bukit Besar stabil setelah menerima rawatan di HSNZ, Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengalami sesak nafas ketika menyertai Program Merdeka Parlimen Kuala Terengganu 2022 ‘Kabak Bukit Besar’  di sini, hari ini.

Ahmad Amzad bersama peserta program tersebut mendaki bukit itu selepas melakukan pelepasan peserta yang berkumpul di kawasan berkenaan pada pukul 7 pagi.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu, Saharrudin Mohamed berkata, 

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu mengalami sesak nafas ketika separuh pendakian bukit setinggi 156 meter dari aras laut.

Menurutnya, Ahmad Amzad kemudian dibawa menaiki ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)  dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk menerima rawatan.

“Sepatutnya, selepas selesai memanjat bukit, Datuk (Ahmad Amzad) akan melakukan perasmian disusuli dengan acara cabutan bertuah.

“Bagaimanapun, majlis perasmian tersebut dibatalkan dan hanya meneruskan acara cabutan bertuah,” katanya di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tambahnya, keadaan Ahmad Amzad ketika itu dalam keadaan stabil, namun, dilihat kurang bermaya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, tahap kesihatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan selepas menerima rawatan di HSNZ.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati tahap kesihatannya adalah stabil dan pasukan perubatan telah memberi rawatan yang sewajarnya kepada beliau.

“Pasukan perubatan berpuas hati dengan tahap kesihatan beliau dan menghormati permintaannya untuk pulang ke rumah untuk berehat,” katanya.

Pada Ogos 2018, Ahmad Amzad pernah dimasukkan ke HSNZ kerana hampir rebah ketika menyertai program kayuhan basikal bersama rakyat di Kuala Terengganu.

Kejadian dipercayai berlaku gara-gara  ahli politik itu tidak cukup rehat dan tidak sempat bersarapan sebelum program kayuhan itu berlangsung. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya