Ahli Parlimen Puncak Borneo serah kepada pucuk pimpinan

Ahli Parlimen Puncak Borneo serah kepada pucuk pimpinan parti buat keputusan

WILLIE Mongin tiba pada majlis perasmian “Program Kembaraduga & Gotong Royong” anjuran Infrantry Rejimen Semboyan Divisyen Pertama sempena ulang tahun ke-56 unit di Kampung Annah Rais, Padawan di sini pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADAWAN: Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin menyerahkan kepada pucuk pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk memutuskan siapa yang akan dipilih mewakili GPS untuk bertanding di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Willie yang juga merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata, beliau bagaimanapun amat berterima kasih kepada Premier Sarawak yang merupakan pengerusi GPS dan Presiden PBB, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta pemimpin-pemimpin GPS dan PBB kerana menerima beliau sebagai ahli PBB baru-baru ini.

Willie menjawab soalan pemberita selepas merasmikan “Program Kembaraduga & Gotong Royong” anjuran Rejimen Semboyan Divisyen Pertama Infrantry sempena ulang tahun ke-56 unit itu di Kampung Annah Rais di sini hari ini.

Katanya, beliau akan melakukan yang terbaik untuk memenangi dan mengekalkan kerusi Puncak Borneo untuk PBB dan GPS jika beliau dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya di bawah tiket PKR.

“Sebagai penyandang kerusi, sudah tentu saya bersedia sepenuhnya untuk mempertahankan kerusi saya itu, tetapi saya dengan rendah diri menyerahkan kepada pimpinan parti untuk menentukan nasib saya (pencalonan),” tambahnya.

Justeru, beliau yakin dapat mengekalkan kerusi itu kerana beliau sangat aktif di lapangan dan banyak membawa pembangunan ke kawasan untuk manfaat penduduk Puncak Borneo.

“Saya percaya penduduk Puncak Borneo dapat melihatnya dan saya merayu kepada mereka untuk mengundi saya kerana saya rasa saya telah bekerja keras.

“Jika mereka fikir saya telah bekerja keras untuk mereka dan kawasan pilihan raya maka mereka harus memberi saya peluang sekali lagi dalam pilihan raya akan datang,” ujarnya. 

Ditanya bagaimana jika sekiranya dia tidak dicalonkan, Willie berkata, “kita belum sampai ke peringkat itu,  jadi terlalu awal untuk menjawab soalan anda.

“Saya rasa tiada gunanya kita memikirkan sebarang pilihan dan saya amat berharap semuanya akan baik-baik saja.”

Apabila diberitahu bahawa terdapat beberapa calon PBB (sekurang-kurangnya empat orang) turut melobi untuk kerusi itu, begitu juga calon dari parti pembangkang, Willie berkata itulah prinsip demokrasi di mana semua orang mempunyai kebebasan untuk keluar mempromosikan diri mereka dan tiada siapa boleh menghalang mereka.

“Itulah semangat demokrasi yang sangat sihat di kawasan Puncak Borneo, tetapi akhirnya rakyat yang akan menentukan siapa yang mereka mahu undi untuk mewakili mereka di Parlimen.

“Saya fikir Puncak Borneo tidak pernah sunyi setiap kali menjelang pilihan raya,” ujarnya lebih lanjut. 

Beliau berkata pada satu ketika (pilihan raya) terdapat kira-kira 20 calon yang melobi untuk kerusi itu, justeru bukan khabar berita baharu bahawa terdapat begitu ramai calon melobi kerusi itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya