608 buah masjid di Kelantan lalui program penarafan tahun depan -

608 buah masjid di Kelantan lalui program penarafan tahun depan

TENGKU Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada peserta Kursus Kewangan dan Intergriti Masjid Negeri, Bandar Dan Jajahan Negeri Kelantan dan Penyerahan Zakat Bank Rakyat di Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan melakukan program penarafan melibatkan masjid mukim sebanyak 608 buah di seluruh negeri bermula tahun depan.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, penarafan itu bertujuan memastikan kecekapan pengurusan masjid bertambah baik.

Menurutnya, beberapa kriteria akan diambil kira antaranya tahap kebersihan dan aspek pengurusan lain di masjid berkenaan.

“Program ini akan dilakukan secara berperingkat supaya pihak masjid lebih memahaminya. Penarafan ini akan dikendalikan sendiri oleh pihak Maik dalam menilai aspek yang ditetapkan.

“Setakat ini, pengurusan di semua masjid mukim di negeri ini masih memuaskan dan ia akan ditambah baik mengikut keperluan semasa,” katanya pada sidang akhbar selepas Kursus Kewangan dan Intergriti Masjid Negeri, Bandar Dan Jajahan Negeri Kelantan dan Penyerahan Zakat Bank Rakyat di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan menyampaikan sijil kepada 72 imam tua dan imam muda dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan.

Selain itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Bank Rakyat, Norhaimee Zakarria turut menyerahkan wang  zakat perniagaan berjumlah RM600,312 kepada Maik. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya