194 mangsa masih di 4 PPS - Utusan Malaysia

194 mangsa masih di 4 PPS

MANGSA banjir yang masih ditempatkan di PPS SA Kayu Ara Pasong, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 194 mangsa banjir daripada 59 keluarga masih ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pontian dan Batu Pahat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 84 mangsa daripada 25 keluarga dari Kampung Seri Bengkal dipindahkan ke Sekolah Agama (SA) Seri Bengkal, Batu Pahat, hingga pagi ini. 

“Sebuah lagi PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintang Peserai menempatkan 31 mangsa daripada sembilan dari Kampung Bintang Peserai.

“Sementara itu, dua PPS dibuka di Pontian menempatkan 79 mangsa daripada 25 keluarga di SA Kayu Ara Pasong dan Pusat Kokurikulum Johor, Sungai Tempayan,” demikian menurut kenyataan itu.

Semalam, beberapa daerah di negeri ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat hampir lima jam bermula kira-kira pukul 6 pagi. 

Kampung yang terjejas di Pontian ialah Kampung Sungai Mulih, Kampung Parit Sapran dan Kampung Parit Haji Omar.

Turut terjejas Kampung Parit Haji Siraj, Kampung Parit Abdl Rahman, Jalan Mohsin dan Parit Lapis, Kayu Ara Pasong. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.