12 penduduk dipindah akibat banjir di Bagan Serai -

12 penduduk dipindah akibat banjir di Bagan Serai

KEADAAN di PPS Dewan Semanggol yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Bukit Semanggol di Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seramai 12 orang daripada tiga buah keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Semanggol di sini setelah rumah mereka dinaiki air akibat banjir awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri berkata, mangsa-mangsa adalah dari Kampung Bukit Semanggol yang kediaman mereka dilanda banjir berikutan hujan berterusan sejak tengah malam tadi.

Menurutnya, sebanyak 30 buah rumah termasuk sekolah dinaiki air di kampung tersebut.

“Sebanyak 15 buah rumah dan sekolah dinaiki sedalam 0.3 manakala 15 buah rumah lagi air hanya naik di kawasan halaman rumah.

“Tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Kerian ialah melaksanakan pemantauan di kawasan terlibat dan akan memasang pam bergerak sekiranya diperlukan pada tempat yang sesuai.

“Pelbagai agensi telah digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir  dari pelbagai aspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN