10 peguam tawar khidmat percuma - Utusan Malaysia

10 peguam tawar khidmat percuma

MD. NORHALIM MD. AMIN (tengah) dan Michael Chong (kanan) serta Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Siew pada majlis pelancaran khidmat nasihat guaman percuma yang dianjurkan bersama-sama Pertubuhan Cinta Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seramai 10 peguam menawarkan khidmat nasihat guaman secara percuma kepada orang ramai di daerah ini dalam usaha mereka membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md. Norhalim Md. Amin berkata, antara khidmat nasihat yang diberikan ialah kes-kes pindah milik harta, pinjaman, tuntutan sivil dan jenayah.

Katanya, khidmat nasihat guaman itu adalah julung kali dilaksanakan dengan kerjasama Pertubuhan Cinta Kluang yang bergabung dengan para peguam pelbagai kaum, iaitu Melayu, Cina dan India.

“Perkhidmatan ini disediakan sebulan sekali pada hujung minggu ketiga dan dilakukan di pusat tumpuan orang ramai seperti pasar raya atau menerusi program tetentu yang difikirkan sesuai.

“Dengan adanya perkhidmatan ini, orang ramai perlu mengambil kesempatan kerana untuk mendapat khidmat nasihat memerlukan kos yang agak mahal, namun kali ini diberikan secara percuma,” katanya majlis pelancaran khidmat nasihat berkenaan, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Pusat Khidmat dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong.

Md. Norhalim yang juga pemilik syarikat guaman Mn Halim Syafiee and Associates berkata, khidmat nasihat itu disediakan untuk membolehkan orang ramai tidak menghadapi kesulitan untuk menyelesaikan kes guaman tanpa perlu menanggung kos kecuali bayaran mahkamah.

“Sesiapa sahaja boleh datang untuk berjumpa dengan pihak kami apabila kaunter dibuka kerana peguam yang ada adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan bersedia memberikan khidmat,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya