Yassin Senario gesa sumbangan wakaf telaga di Kemboja -

Yassin Senario gesa sumbangan wakaf telaga di Kemboja

YASSIN SENARIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli kumpulan lawak terkenal Senario, Yassin Yahya atau lebih dikenali sebagai Yassin Senario, menggesa orang ramai menghulurkan bantuan bagi membangunkan telaga di perkampungan asnaf di Kemboja.

Pembangunan telaga itu merupakan sebahagian program projek wakaf oleh Pertubuhan Arrashid.

Yassin berkata, penduduk Islam di Kemboja mengalami kesukaran mendapatkan bekalan air yang bersih.

“Air yang digunakan oleh golongan asnaf di sana berwarna lumpur, mengharapkan hujan jarang sekali, nak berangkut air dari sungai sangat jauh,” katanya.

Justeru, dia memohon orang ramai menyertai projek wakaf telaga serendah RM150 bersama Pertubuhan Arrasyid, yang telah berjaya membina lebih 1,400 buah telaga sepanjang tahun ini. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya