Widad jalin kerjasama perluas sains bio-regeneratif - Utusan Malaysia

Widad jalin kerjasama perluas sains bio-regeneratif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Widad Business Group Sdn. Bhd. (WBG) melalui anak syarikat milik penuhnya Widad Education Sdn. Bhd. (WESB), menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan EW European Wellness International GMBH (EW Group) untuk membentuk kerjasama dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Sains Bio-regeneratif serta menyediakan sijil pengajian tinggi dalam bidang tersebut.

Melalui kerjasama itu, EW Group akan menyumbang pengetahuan dan kepakaran mereka melalui struktur silibus, makmal dan latihan kepada pensyarah. sementara WESB melalui Widad University College akan menyediakan kemudahan pembelajaran serta bantuan untuk mendapatkan pensijilan dan akreditasi rasmi bagi kursus tersebut. 

Kerjasama itu akan merangkumi kursus jangka pendek, program prasiswazah dan pascasiswazah dalam bidang sains bio-regeneratif.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan WBG, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah berkata, kerjasama antara Widad Education dan European Wellness adalah selaras dengan matlamat kami untuk menyepadukan industri kesihatan dalam pembangunan kumpulan.

“Ini juga merupakan satu lagi peluang untuk kami mempelbagaikan minat perniagaan kami di rantau ini dengan belajar daripada pakar,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, itu, Pengarah Eksekutif Kanan Pendidikan Widad, Datuk Dr. Nasir Mat Dam berkata, kerjasama tersebut adalah peluang yang baik untuk Widad kerana ia membuka pintu baharu dalam mengembangkan lagi penyelidikan dan pembangunan rawatan regeneratif serta penyelidikan kesihatan. 

“Ini akan membantu kami untuk membangunkan pengkhususan lanjut dalam program prasiswazah dan pascasiswazah dengan pengenalan kursus berkaitan perubatan regeneratif seperti teknologi Bioperubatan dan Terapi Kesejahteraan Perubatan Integratif Holistik.

“Selain itu, ia juga akan membuka peluang baharu kepada generasi muda untuk meneruskan industri baru muncul dan memenuhi permintaan pasaran masa hadapan,” ujarnya.

Memandangkan perubatan regeneratif menjadi minat global pasca-pandemik, EW Group dan WBG percaya bahawa kerjasama ini akan dapat memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang dengan membekalkan profesional terlatih dan perkhidmatan berdedikasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya