Wartawan wanita dihargai, kerajaan peruntuk RM300,000 - Utusan Malaysia

Wartawan wanita dihargai, kerajaan peruntuk RM300,000

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagi menghargai peranan wartawan wanita yang turut serta dalam pembangunan negara, kerajaan memperuntukkan RM300,000 kepada Pengamal Media Wanita Malaysia (PERTAMA).

Peruntukan tersebut diumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis minum petang bersama kira-kira 200 ahli PERTAMA bersama Perdana Menteri.

Turut serta dalam majlis tersebut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Rina Harun.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan bangga dengan pengamal media wanita Malaysia yang masih  kekal relevan dan mampu menempuh pelbagai cabaran semasa.

Kata beliau, peruntukan tersebut diharap  membantu golongan tersebut meneruskan aktiviti dalam mengembangkan kerjaya mereka.

“Kemajuan dikecapi negara disumbang oleh wartawan termasuk wartawan wanita yang turut memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat seterusnya membangunkan negara,” kata beliau ketika berucap pada majlis tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua sebanyak 8.9 peratus yang diumumkan Bank Negara Malaysia baru-baru ini adalah KDNK terbaik di Asia Tenggara

“Malaysia turut merekodkan aktiviti borong dan runcit dalam negara yang lebih tinggi berbanding sebelum penularan Covid-19. Begitu juga jumlah pelaburan dalam negara semakin  meningkat,” kata beliau.

Justeru, Perdana Menteri berkata, laungan segelintir yang mendakwa keadaan ekonomi Malaysia merudum, pengangguran tinggi dan ramai rakyat tidak mampu berbelanja adalah tidak benar.

Menurut beliau, kerajaan Keluarga Malaysia akan terus berusaha memastikan kesejahteraan rakyat seperti mengatasi masalah pengangguran dan terbaharu menstabilkan semula harga ayam.

“Harga ayam semasa kini lebih murah iaitu sekitar RM7 hingga RM7.50 sekilogram berbanding harga siling RM9.40,” kata Ismail Sabri.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, semua wartawan yang mewakili seluruh organisasi diseru menghebahkan kedudukan sebenar Malaysia yang tidak seperti digambarkan sesetengah pihak.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya