‘Wanita awam itu satu fitnah’

‘Wanita awam itu satu fitnah’

GAMBAR bertarikh Mei 2018 yang menunjukkan Amar Singh dalam sidang akhbar berhubung serbuan dan rampasan pelbagai barangan dari kediaman Najib Tun Razak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ko­mersial (JSJK) Bukit Aman, Amar Singh Ishar Singh menafikan kehadiran seorang wanita awam ketika serbuan di rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Tun Razak pada Mei 2018 dan mengambil sebuah beg berisi barang berharga yang dirampas.

Beliau menegaskan, tulisan penulis blog, Raja Petra Kamarudin berhubung perkara itu dalam portalnya kelmarin termasuk mendakwa wanita itu sebagai teman wanitanya adalah fitnah.

Sehubungan itu, beliau membuat laporan polis terhadap Raja Petra di Bukit Aman, semalam. Turut membuat laporan ialah dua orang bekas timbalan pengarah JSJK yang turut serta dalam serbuah di rumah Najib itu.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Amar Singh ketika dihubungi memberitahu, siasatan akan dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berkaitan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

TERBESAR

Menceritakan peristiwa pada malam itu, Amar Singh berkata, rampasan yang dilakukan di rumah bekas perdana menteri itu merupakan serbuan terbesar dalam sejarah polis.

“Ia dijalankan bersama beberapa timbalan dan penolong pengarah polis serta kira-kira 70 pegawai dari pelbagai jabatan seperti JSJK, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Unit Tindakan Khas (UTK).

“Sudah pasti rekod terperinci dibuat berhubung barang yang dirampas selain tiada wanita awam berada di sana atau sebarang barang dikeluarkan,’’ katanya.

Amar Singh menegaskan, beliau sengaja menubuhkan pasukan serbuan itu yang terdiri daripada jabatan berbeza bagi mengelakkan dakwaan palsu dibuat kelak.

“Tidak mungkin ada apa-apa boleh melalui pasukan ini tanpa disedari sesiapa. Lebih-lebih lagi pasukan ini baru bertemu pada hari serbuan dijalankan. Oleh itu, tiada kemungkinan untuk menutup sebarang konspirasi.

“Tambahan, keseluruhan pro­ses serbuan diambil gambar dan dirakam video dari awal hingga akhir oleh oleh pasukan bebas dari JSJ. Gambar dan video ini masih dalam simpanan JSJ.

“Tidak mungkin orang awam dapat mengelak rakaman kame­ra dan video ini tanpa disedari sesiapa, melainkan orang ini mempunyai ilmu ghaib dan tidak kelihatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN