PETALING JAYA : Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Amar Singh Ishar Singh menafikan kehadiran seorang wanita awam ketika serbuan di rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Tun Razak pada Mei 2018 dan mengambil sebuah beg berisi barang berharga yang dirampas. Beliau menegaskan, tulisan penulis blog, Raja Petra Kamarudin berhubung perkara itu dalam portalnya kelmarin termasuk mendakwa wanita itu sebagai teman wanitanya adalah fitnah. Sehubungan…









