ARAU: Kegagalan parti politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan memaksa mereka membentuk gabungan selepas larangan ahli Parlimen bertukar parti berkuat kuasa. Sebagai contoh, jika Barisan Nasional (BN) tidak mendapat 112 kerusi Parlimen bagi membentuk majoriti mudah, mahu tidak mahu mereka perlu membentuk gabungan sama ada dengan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), parti-parti dari Sabah, Sarawak atau mana-mana parti politik lain untuk…










