"Bagaimanapun, rakyat disaran untuk memasang dan mengibarkan

Tiada kompaun kepada pemilik premis tidak kibar Jalur Gemilang di Kelantan

DR Izani Husin (dua dari kiri) menunjukkan bekas kitar semula pada Majlis Pelancaran Penutupan Kempen Kesihatan Persekitaran Tahun 2022 dan Kempen Bebas Plastik, Polisterin dan Straw di Dataran Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan hari ini. -UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Kerajaan tidak akan mengeluarkan kompaun kepada pemilik premis yang tidak memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di negeri lain sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, setakat ini pihaknya memutuskan untuk mengeluarkan kompaun berhubung perkara itu.

“Bagaimanapun, rakyat disaran untuk memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera negeri sebagai tanda memperingati negara yang sudah merdeka.

“Jadi, adalah pemilik premis tersebut memasang Jalur Gemilang tersebut sebagai simbolik meraikan sambutan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Penutupan Kempen Kesihatan Persekitaran Tahun 2022 dan Kempen Bebas Plastik, Polisterin dan Straw di Dataran Muhammadi di sini hari ini.

Dr. Izani memberitahu, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini sudah memasang Jalur Gemilang dan bendera negeri.

Katanya, ada masa sama kerajaan sebelum ini mengambil inisiatif dengan meminta kerjasama semua pihak supaya menaikkan semangat patriotik.

Media sebelum ini melaporkan sebuah premis perniagaan di Kuantan yang tidak mengibar Jalur Gemilang akan dikompaun. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya