Tiada kerjasama dengan UMNO - Anwar

Tiada kerjasama dengan UMNO – Anwar

ANWAR Ibrahim dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiada kerjasama DAP dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) seperti yang dilaporkan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan DAP akan bekerjasama dengan UMNO selepas PRU15 tidak timbul sama sekali seperti didakwa dikatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Menurutnya, malahan konteks ucapan Anthony Loke sebenarnya tidak sampai kepada kerjasama DAP dan UMNO.

“Tidak timbul soal bekerjasama dengan UMNO selepas PRU15 seperti yang dikatakan Anthony Loke.

“Dia (Anthony Loke) hendak menang pilihan raya atas nama PH dan seandainya ada keadaan yang rumit dan gawat begitu, maka dia tidak mahu menolak kemungkinan. 

“Tapi jawapan saya, kita nak berdepan dalam pilihan raya ini sebagai satu pasukan yang padu dengan keyakinan untuk menyelamatkan negara dan merayu kepada rakyat teruskan dokongan yang berlaku pada tahun 2013, 2018 dan sekarang apatah lagi.

“PH perlu memasuki pertandingan (pilihan raya) dan seterusnya menang dengan bergaya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan  semua 24 Ketua Cabang PKR Perak di sini hari ini.

Anwar mengulas laporan sebuah portal Anthony Loke berkata, DAP tidak akan menolak untuk bekerjasama dengan UMNO kerana apa sahaja boleh berlaku dalam politik.

Anthony dikatakan tidak menolak sebarang kerjasama dengan UMNO sekiranya mereka mempunyai agenda yang sama.

Menurutnya, politik Malaysia telah mengalami perubahan drastik sejak Pilihan Raya Umum 2018, terutamanya dengan ketiadaan parti tunggal yang dominan.

Bagaimanapun, Anthony menegaskan sebarang kerjasama hanya akan berlaku selepas PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN