Suami isteri ditahan buat tuntutan palsu - Utusan Malaysia

Suami isteri ditahan buat tuntutan palsu

AZMI ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengemukakan tuntutan palsu hampir RM90,000 kepada sebuah jabatan, empat tahun lalu.

Menurut sumber, mereka berusia 38 dan 39 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pada pukul 11.30 pagi tadi selepas hadir untuk memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek wanita yang merupakan pegawai di jabatan berkenaan bersubahat dengan suaminya untuk membuat tuntutan berkaitan perkhidmatan mengambil dan menghantar pelajar sekolah pada tahun 2019 dan 2020.

Wanita itu menggunakan invois daripada sebuah syarikat pengusaha van untuk membuat tuntutan palsu sedangkan perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN