Sketsa perjuangan Mat Kilau gimik sambutan bulan merdeka -

Sketsa perjuangan Mat Kilau gimik sambutan bulan merdeka

SEBAHAGIAN pelakon sketsa Mat Kilau (terbaring) bersama kepimpinan semasa gimik pelancaran sambutan bulan kemerdekaan negara SMK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan hari ini.-UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Sketsa perjuangan pahlawan Mat Kilau menjadi gimik utama pelancaran sambutan bulan kemerdekaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cherang Ruku, di sini hari ini.

Pengetua sekolah itu, Che Alias Che Embong berkata, lakonan ringkas penentangan Mat Kilau oleh sekumpulan pelajar itu bertujuan menyampaikan mesej perjuangan pahlawan terdahulu dalam menentang penjajahan.

Menurutnya, selain itu, kibaran Jalur Gemilang dan persembahan berunsur patriotisme dalam kalangan guru dan pelajar turut diadakan dalam menyuntik semangat cintakan tanah air.

“Sepanjang tempoh sambutan bulan kemerdekaan negara persekitaran sekolah dihiasi dengan kibaran Jalur Gemilang serta alunan lagu-lagu patriotik setiap awal pagi,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tambahnya, sebelum ini pihak sekolah menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk kayuhan merdeka namun keadaan ekonomi semasa dan kesan pandemik Covid-19, aktiviti luar sekolah dihentikan pada tahun ini. –UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya