Sasar 72 PBT capai tahap perbandaran mampan menjelang 2030 - Utusan Malaysia

Sasar 72 PBT capai tahap perbandaran mampan menjelang 2030

REEZAL Merican Naina Merican (belakang tengah) dan Maimunah Mohd Sharif (tiga kanan) menyaksikan pertukaran dokumen MoU Program UN-Habitat di KPKT, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pusat Kecemerlangan Bandar Mampan dan Kesejahteraan Komuniti (Urbanice Malaysia) optimis 72 pihak berkuasa tempatan (PBT) bakal mencapai tahap perbandaran mampan menjelang 2030 selaras misi Agenda Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

 Ketua Eksekutifnya, Norliza Hashim berkata, Malaysia tiada masalah menjayakan usaha itu bahkan terdapat Dasar Perbandaran Negara dibentuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PlanMalaysia).

“Jika boleh kesemua 154 PBT di seluruh negara akan memperoleh tahap berkenaan namun ia akan dibuat secara berfasa mungkin 12 PBT terlibat setiap tahun.

“Malaysia turut mempunyai laporan kemajuan urban yang lengkap dan sekarang hanya perlu menjadikan misi ini ke arah bersifat imej ketempatanan mengikut acuan sendiri,” katanya selepas memeterai memorandum kerjasama dengan Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat), di sini hari ini.

 Badan dunia itu diwakili Ketua Stafnya, Neil Khor serta disaksikan oleh menteri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Sharif.

 Urbanice Malaysia ditubuhkan kementerian tersebut pada 2016 bagi mengarusperdanakan agenda bandar mampan yang bersepadu dan sejajar Pelan Hala Tuju Urban SDG Malaysia.

UN-Habitat yang diwujudkan pada 2001 dan berpusat di Nairobi, Kenya, ialah penyelaras PBB dalam melahirkan penempatan lebih inklusif, selamat, berdaya tahan selaras misi SDG.

Dalam pada itu, Maimunah menyifatkan pemeteraian memorandum tersebut sebagai bersejarah kerana ia meliputi kerjasama banyak agensi selaras agenda Malaysia Berdaya Huni sekali gus membuktikan komitmen tinggi pihak kerajaan terhadap pembangunan perbandaran yang mampan membabitkan kesemua peringkat terutama PBT.

 Secara tidak langsung tambahnya, jalinan kerjasama itu bakal meningkatkan tahap pengetahuan dan perkongsian kapasiti dalam pengukuhan kemajuan urban dengan institusi tempatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya