PTD perlu mentadbir negara ke arah lebih baik - Utusan Malaysia

PTD perlu mentadbir negara ke arah lebih baik

ISHAM Ishak (tiga kanan) melancarkan My PPTD Care di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Golongan penjawat awam dalam kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) perlu bersikap profesional tanpa meletakkan pembahagian sokongan kepada mana-mana ahli politik.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD), Datuk Isham Ishak berkata, mereka seharusnya menggunakan profesionalisme melalui keupayaan dan pengetahuan untuk mentadbir negara lebih baik.

Menurut beliau, salah satu cabaran penjawat awam adalah menangkis komen dari pelbagai pihak, sama ada melalui media sosial, saluran rasmi, komen blog dan apa-apa bentuk  tulisan.

“Penjawat awam profesional perlu menghayati dasar-dasar, polisi dan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimana ia ingin menerajui negara. 

“Bila kita faham dan ilhamkan apa yang Perdana Menteri inginkan, saya yakin penjawat awam boleh menangkis komen netizen. Apa yang membimbangkan ialah netizen tak faham kerja-kerja yang dibuat penjawat awam. 

“Jadi tanggungjawab penjawat awam itu sentiasa memberi maklumat terkini kepada rakyat supaya mereka faham,” katanya ketika melancarkan My PPTD Care di sini hari ini.

MY PPTD CARE adalah satu inisiatif kerjasama awam-swasta bagi membantu ahli-ahli persatuan itu serta penjawat awam lain melalui skim perlindungan insurans dan lain-lain perkhidmatan. 

Skim Insurans itu memberi manfaat kepada 6,800 ahli dengan perlindungan sehingga RM1 juta, hanya dengan bayaran RM200 sebulan. 

Dalam pada itu, Isham berkata, PPTD bakal menubuhkan sebuah rumah kelab di sini sebagai salah satu tempat pertemuan dan pertukaran idea dalam kalangan ahli PPTD. 

Katanya, rumah kelab berkenaan yang dijangka dibangunkan bermula hujung tahun ini melibatkan kos RM30.7 juta melalui peruntukan dana dalaman yang dijana nelalui aktiviti ekonomi persatuan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya